Pengenalan Kepada Linux


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum syukur pada Allah, dengan rendah hati saya ingin menceritakan pengenalan tentang linux secara umum kepada anda semua yang masih baru dalam dunia Linux.


  • Mungkin masih ramai tertanya-tanya apakah itu linux?
  • apa fungsi linux?


Soalan ni kurang lengkap membuatkan orang pening,boleh kasi spesifik sedikit.

Contohnya...
kenapa nak guna linux?
Windows kan dah ada lagi senang?
Memang banyak soalannya. Saya bukanlah seorang pakar linux tetapi Saya menulis cerita simple linux ini kerana Saya cintakan OS atau operating system linux ini. kalau ada salah harap perbetulkan.

SEJARAH UNIX: Klik DI Sini

  • zaman dulu-dulu antara sistem operasi/operating system yang terawal dan yang mantap adalah Unix. 
  • Unix dibina sekitar tahun 1969 atau mungkin dibangunkan lebih awal dari itu oleh group dari syarikat AT&T(syarikat ni tak silap saya dulu famous pasal telefon network). 

  • Diorang punya pioneer unix yang utama adalah Ken Thompson, Dennis Ritchie, Brian Kernighan, Douglas McIlroy, dan Joe Ossanna.(Ken Thompson dan Dennis Ritchie fames pasal mereka ni juga pioneer bahasa pengaturcaraan C).
  • Unix sebelum tu ditulis oleh bahasa bukan C iaitu masa mula-mula dicipta namun mereka rewrite Unix baru dengan bahasa pengaturcaraan C oleh kerana bahasa C ni pantas dan boleh capai low level iaitu dekat dengan bahasa komputer walaupun C ni kita lihat adalah dari jenis high level language iaitu maksud saya dekat dengan bahasa yang manusia boleh faham.
  • Unix ada beberapa jenis distribusi yang Famous, Antaranya macam hp/ux,aix,xenix(sco),system v,sunos(ini dibangunkan oleh syarikat yang jadi legenda iaitu sun microsystems(famous pasal java language & processor jenis sparc) yang sekarang ni dah di beli oleh syarikat oracle.namun sunos ini akhirnya telah dijadikan open solaris.alhamdulillah) dan entah ape nama unix-unix lain saya pun pening(yang famous sekarang ni mcm family bsd,open solaris,openindiana dan mac os x sendiri).

So dipendekkan ceritanya Unix ni punyalah Famous sehinggalah suatu hari ianya dikomersialkan.Tiada seorang pun yang dapat gunakan unix melainkan orang-orang tertentu atau syarikat besar.Kod-Kod nya telah di patenkan.


  • Tiada siapa dapat ambil source code.
  • Tiada siapa dapat memuat turun untuk menggunakan dan memodifynya.


Maka bermulalah sejarah penciptaan sistem operasi linux yang mana memperjuangkan keadilan bagi kita orang yang tak mampu ni.

sesetengah kata linux adalah klon kepada unix.Klon bukanlah tiru source code kernel unix tetapi adalah environment,konsep sistem etc.

DISUATU TEMPAT YANG LAIN:

Maka dalam kes ini, Richard Stallman(pernah datang malaysia) hacker yang kerja kat MIT(tempat ni orang kata, ramai orang genius kat sini bukan senang nak masuk wei).Richard Stallman adalah juga digelar seorang ahli falsafah untuk freedom, atau dengan kata lain beliau memperjuangkan hak kebebasan untuk berkongsi code,aplikasi dan program.

(Microsoft?? Berpishang la korang nak tunggu dia bagi free weh).

Richard Stallman berhenti kerja dan mula start buat unix yang boleh di kongsi kan kepada semua orang. Dia tidak berpuas hati apabila unix telah di jadikan closed source dan juga aplikasi program lain yang code nya tak boleh di kongsi.Dia telah mula buat unix dari scratch(dari awal).

Nak tau apa dia buat?

Dia buat satu demi satu aplikasi yang bakal digunakan dalam unix nya yang bakal di kongsikan kepada semua.

(source code nya,aplikasinya contoh "gnu c compiler & "remacs" etc) 

Tanpa halangan lagi dan tanpa dikomersialkan lagi!

Buat punya buat namun Richard Stallman dan kumpulannya masih tak siap lagi isi utama mereka iaitu dimana mereka nak buat kernel untuk unix mereka ni masih tak selesai lagi.

DISUATU TEMPAT YANG LAIN JUGA:

Linus torvalds minat sangat dekat minix iaitu unix ciptaan professor andrew tanenbaum.Tetapi minix tersebut masih tidak dapat memuaskan hati linus torvalds, macam ada sesuatu yang kurang.Dan dia pun mahu buat suatu sistem operasi sama macam unix minix tersebut.

Maka linus mula mencipta kernel nya sebagai klon kepada minix.

Apabila prof tanenbaum ni dapat tahu tentang kernel linus torvalds ini,dia seperti memperli/mempersenda kernel linus torvalds..(korang boleh cuba cari cerita ni dekat google).

Hmm biasala baru nak mula..
Kernel tersebut mungkin mengandungi bug, ada fungsi yang masih belum cukup lagi etc.

Disambung cerita...
Maka suatu hari linus bercadang nak kongsi kernel dia untuk memperkembangkan lagi dan mendapatkan idea tentang kernelnya.Apabila sahaja Richard Stallman dapat tau ada orang yang mahu kongsi kernel, maka Richard Stallman pun telah mendapatkan kernel linus torvalds dan test pada aplikasi gnu ciptaannya.Wallaaa~~!! ianya berjalan dengan baik.

Dan yang paling penting berjalan dengan baik adalah GNU C Compiler.Itu adalah yang utama.Tanpa gnu c compiler maka aplikasi program lain adalah sukar untuk dicompile dan berada pada platform kernel linus torvalds ni.

Maklumat:

sekitar tahun 1991 kernel linus torvald ini mempunyai sekitar 10,000 lines of codes.

Dan sekitar tahun 1992 kernel ini mempunyai sekitar 40,000 baris codes dan sekitar 1000 orang pengguna.

Asyik sebut kernel je kan tapi tak tau apa benda alah nya entah..

Jadi Apa Itu Kernel?
Secara mudahnya kalau korang nak tahu, kernel sebenarnya merupakan intipati kepada sesebuah sistem operasi.orang menggunakan aplikasi program bukan sistem operasi.namun aplikasi program menumpang pada sistem operasi kernel itu sendiri.

aplikasi program -> kernel -> hardware

So dalam kes kernel linus ni yang berlaku:

aplikasi GNU richard stallman & the groups -> kernel linux -> supported hardware

Boleh dikatakan bahawa aplikasi GNU mengambil kelebihan dengan menumpang di atas kernel linux dan linux menggunakan aplikasi GNU utk mengarahkan komputer berbuat sesuatu.

SEBAB ITU SEBENARNYA UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEBAIKNYA KITA TAHU SISTEM OPERASI linux ADALAH GNU/LINUX dan bukan linux sahaja.

Linux dan aplikasi gnu dilesenkan dibawah GPL iaitu gnu public license.
malangnya ramai orang tak tahu dan hanya tahu linux.senang-senang singgah lah ke website GNU atau search Richard Stallman.

Dan linux akhirnya terbahagi kepada banyak jugak distro antaranya:-

1. Ubuntu
2. Suse
3. Centos
4. Fedora
5. RedHat
6. Knoppix
7. Debian
8. Slackware
9. Linux Mint
10. Kali Linux dan banyak lagi...

Seperti sabily dan backtrack ianya menumpang diatas distro Ubuntu.Dulu sewaktu saya cuba backtrack 2 ianya adalah diatas distro slackware.

kenapa tukar ubuntu?

kerana ubuntu mempunyai tenaga yang cukup banyak untuk update/kemaskini dari sudut fixing bugs aplikasi-program utama.

JADI SETELAH ANDA FAHAMI SERBA SEDIKIT PENGENALAN DAN SEJARAH LINUX...

KENAPA PERLU GUNA LINUX?


1. Linux Source code tersedia secara percuma untuk memuat turun, mengubah suai dan  menggunakan.Windows source code? jangan harap lah.

2. Terkenal dan suka dengan kelajuannya.

3. Cepat untuk debug dan diperbaiki(komuniti yang ramai), dengan melihat kod sumber tetapi jika windows anda perlu menunggu daripada pembangun sistem operasi itu untuk membaikinya etc.

sekiranya ada teguran sila tambahkan..

Comments

Popular Posts