Apa Itu Blue Screen Dan 10 Jenis Blue Screen Error Yang Perlu Anda Tahu!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selesai sudah kepada semua muslimin dan muslimat menunaikan solat fardhu jumaat.Syukur alhamdulillah kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua.
Dikesempatan ini,saya ingin kongsikan kepada anda semua 10 jenis Blue Screen Error yang terdapat pada komputer kita jika anda menggunakan Sistem Operasi Windows contohnya
- Windows XP,
- Windows vista,
- Windows 7,8,10...
Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini yang mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih.
Sebelum Saya Memulakan,mungkin masih ada yang belum memahami apa itu Blue Screen atau Blue Screen Of Death (BSOD).
Jadi apa yang dimaksudkan dengan Blue Screen?
Adakah skrin komputer anda dengan sengaja bertukar menjadi biru?
- Okay Blue Screen Of Death ini akan muncul di layar skrin anda jika terjadinya masalah di dalam windows.
- Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.
- Ianya bertujuaan untuk menghentikan sistem operasi windows kita daripada berlakunya kerosakan yang lebih besar, lalu ia akan memaparkan skrin bewarna biru seperti gambar di bawah ini.
Kesan apabila berlakunya Blue Screen ini, maka sistem operasi windows yang digunakan akan terhenti untuk memberikan respon.Anda tidak boleh kembali ke paparan desktop anda.
Jadi Apa yang perlu Di lakukan?
Mudah, Anda hanya perlu reboot/restart Komputer/Laptop anda dengan menekan butang power yang terdapat pada Komputer/Laptop anda.
Tapi adakah masalah Blue Screen ini akan selesai begitu sahaja?
Tidak,Berkemungkinan apabila anda restart Komputer/Laptop:-
1.Anda akan di bawa semula ke paparan Blue Screen itu tadi.
2.Anda dapat masuk ke paparan desktop dan menggunakan Komputer/anda seperti biasa,lalu akan terjadi lagi paparan Blue Screen itu.
Jadi saya sarankan anda Mencatit/Mengambil Gambar Error Blue Screen Tersebut Sebelum anda melakukan Reboot/Restart Komputer/Laptop anda.
Mengapa Perlu Mencatit Error Blue Screen?
Ini adalah kerana Error Blue Screen tersebut telah direka secara khusus oleh syarikat Microsoft untuk menjelaskan jenis-jenis masalah serius yang berlaku pada sistem operasi anda.Setiap paparan Blue Skrin ini mempunyai Error nya yang tersendiri.Dan Setiap error nya adalah berlainan,bergantung pada masalah yang dihadapi oleh komputer anda.
Merujuk kepada gambar di atas ini, yang saya highlight itu merupakan salah satu Error Blue Screen.
Seperti yang saya beritahu tadi, Terdapat banyak jenis Error Blue Screen, Mungkin Error Blue Screen yang anda dapat Adalah Berbeza-beza mengikut masalah yang terjadi pada Komputer/Laptop anda.
Jadi Apa Nak Buat Selepas Anda Mencatit Error Blue Screen?
- Buka Browser Anda.
- Buka Enjin Pencarian Google dan cari Error Blue Screen Anda.
- Contoh Error Blue Screen Saya IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL.
- Di sini anda akan dapat penjelasan/tutorial yang lebih terperinci mengenai error blue screen yang anda cari dan ikut sahaja panduan yang telah diberikan.cuba satu persatu okay.
Berikut Merupakan 10 jenis Blue Screen Error:
1. IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL (0X0000000A)
Error ini yang paling selalu muncul di saat terjadi Blue Screen.
Mesej error ini biasanya disebabkan kerana ada ketidaksamaan driver yang diinstall di komputer.
Penyebabnya:
- Driver yang digunakan tidak tepat.
- Masalah pada Video Card, hal ini komponen Video Card yang dioverclock melebihi batas atau anda baru ganti Video Card dan anda belum install driver Video Card lama dari chipset berbeza.
- Masalah pada Audio Card, meliputi kesalahan konfigurasi atau bug dalam driver Sound Card.
2. NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024), (0X00000023)
Mesej error ini setidaknya sudah sedikit memberikan gambaran di mana kerosakan berada iaitu ada di partition atau file system tetapi bukan di HardDisknya.
Kita melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kabel SATA atau PATA atau boleh memeriksa partition dengan tool chkdsk.
3. UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)
Anda dapat mesej error seperti ini disebabkan oleh:
- Overclock Hardware yang berlebihan.
- Komponen komputer yang terlalu panas.
- BIOS yang corrupted.
- Memory dan CPU yang rosak.
4. DATA_BUS_ERROR
Mesej error ini disebabkan adanya kemungkinan bahawa memory atau slot memory di motherboard rosak.
5. PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_AREA
Mesej error ini disebabkan adanya kerosakan hardware, termasuk memory utama, memory video card, atau memory di processor (L2 Cache)
6. INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE
Mesej error ini disebabkan kerana konfigurasi jumper HardDisk yang salah, virus boot sector, driver IDE controller yang salah, atau kesalahan Driver Chipset.
7. VIDEO_DRIVER_INIT_FAILURE
Mesej error ini disebabkan kerana adanya kesalahan terjadi pada installation driver Video Card yang kurang sempurna, restart semasa menjalankan installation atau juga terjadi kerana kesalahan dalam installation driver.
8. BAD_POOL_CALLER
Mesej error ini disebabkan kerana adanya driver yang tidak compatible. Sering terjadi semasa melakukan installation Windows XP dari upgrade atau bukan dari installation baru.
9. PEN_LIST_CORRUPT
Mesej error ini disebabkan oleh kerosakan RAM.
10. MACHINE_CHECK_EXCEPTION
Mesej error ini disebabkan oleh kerosakan CPU atau yang dioverclock secara agresif, serta Power Supply yang kekurangan daya atau rosak.
Dengan mengetahui makna Blue Screen maka akan membantu kita dalam menganalisa masalah yang terjadi pada komputer kita, baik software mahupun hardware, selain dengan melihat Blue Screen kita juga boleh mengetahui kesalahan pada hardware kita dengan mendengar Beep Code pada saat komputer boot.Topik ini akan saya kupaskan pada masa hadapan, insyallah.
Comments
Post a Comment